MAJLIS BERSAMA PELAJAR TIMUR TENGAH TAJAAN YAYASAN ISLAM NEGERI KEDAH
DANA JARIAH
SUMBANGAN DANA JARIAH YAYASAN ISLAM NEGERI KEDAH
DIKECUALIKAN DARIPADA CUKAI PENDAPATAN
(KELULUSAN LHDN : 01/35/42/51/179-6.6132)
Yayasan Islam Negeri Kedah sebagai sebuah agensi badan berkanun negeri yang menjana usaha-usaha pembangunan dakwah, pendidikan dan kebajikan untuk pelbagai lapisan peringkat masyarakat di Malaysia khususnya di Negeri Kedah Darul Aman.
Sehubungan itu Yayasan Islam Negeri Kedah menyediakan wadah kepada umat Islam untuk menjalankan ibadat sedekah jariah melalui sumbangan Ikhlas kepada Dana Jariah Yayasan Islam Negeri Kedah bagi membiayai dan membantu aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti :-
- Memberi bantuan biasiswa/pinjaman pengajian kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi dalam dan luar negara.
- Bantuan kepada institusi pendidikan Islam, masjid dan surau.
- Menyalurkan bantuan kewangan kepada persatuan/pertubuhan yang menjalankan program peningkatan syiar dan kefahaman Islam.
- Membiayai program / aktiviti dakwah, kursus, seminar dan seumpamanya yang berkaitan hal ehwal Islam.
- Membina Institusi Ilmu, Perkhidmatan dan Kebajikan.
- Menyalurkan sumbangan dan bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan, fakir miskin dan mangsa bencana alam.
Sumbangan boleh dibuat kepada
BENDAHARI YAYASAN ISLAM NEGERI KEDAH.
MAKSUD HADIS
Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Apabila seorang anak Adam meninggal, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya." (Hadis Riwayat Abu Hurairah R.A)