VISI, MISI & OBJEKTIF

VISI
Yayasan Islam Negeri Kedah akan berusaha sedaya dapat memperolehi sumber-sumber pendapatan tetap yang terjamin dalam usahanya membangun dan melaksanakan tanggungjawab membiayai bidang pendidikan Islam dan pembangunan ummah di Negeri Kedah Darul Aman.

MISI
Mengurus dan mentadbir hal ehwal Yayasan Islam Negeri Kedah dengan cekap dan berkesan ke arah kecemerlangan dan kesejahteraan ummah.

OBJEKTIF

Pada dasarnya , corak pentadbiran Yayasan Islam Negeri Kedah (YIKED) adalah berteraskan korporat . Oleh sebab itu YIKED dengan aktifnya telah mempelbagaikan aktiviti di dalam usaha untuk mencapai misi korporatnya :

Tujuan sebenar penubuhan YIKED adalah untuk memberi bantuan kepada penuntut yang beragama Islam untuk melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat lebih tinggi.

Antara tujuan dan lain-lain fungsi penubuhan YIKED adalah seperti berikut :-

Menyediakan bantuan kewangan berupa pinjaman dan biasiswa kepada anak-anak negeri Kedah untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang Pengajian Islam terutamanya di Timur Tengah.

Mempelbagaikan kegiatannya terutama di dalam memajukan usaha-usaha perniagaan ke arah mempertingkatkan ekonomi Yayasan.

Membeli, menanggung atau dengan cara lain memperolehi saham (yang dibenarkan oleh syariah) di dalam mana-mana syarikat awam atau persendirian;

Merancang dasar dan strategi pembangunan dakwah menerusi Pusat Dakwah Islam Negeri Kedah.

Menjalankan segala aktiviti lain yang difikirkan perlu atau mustahak dalam usaha ke arah mencapai tujuan-tujuan Yayasan Islam.